Katanya, tindakan pihak terbabit yang mahu menjadi kuasa ketiga pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) semata-mata untuk merosakkan pilihan raya itu.

“Kita harus melihat bahawa pada hari pengundian sama ada (pemilih) undi kerajaan sedia ada atau tidak, (itu) hak masing-masing tetapi demokrasi mesti dilaksanakan.

“Daripada dirosakkan, ada baik­nya undi itu diberikan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi memastikan BN dapat terus menyambung khidmat bakti kepada semua kaum di negara ini,” katanya ketika berucap pada perasmian Fiesta Ponggal Bagan Datuk di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Melintang dekat sini semalam.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.