Katanya, situasi itu mungkin didorong kerana permintaan buah mempelam itu yang tinggi pada awal musim pengeluarannya selain faktor harga tinggi sebelum tibanya Ramadan tahun ini.

"Memang kes ini bersifat terpencil dan tidak ramai rangkaian pemilik kebun, pemborong dan penjual yang terlibat tetapi ini memberikan reputasi dan imej tidak baik terhadap mempelam harumanis.

"Saya menasihatkan pembeli supaya memastikan buah mempelam harumanis yang ingin dibeli berbau harum. Jika tidak harum jangan beli kerana tidak akan manis dan sedap walaupun diperam selama beberapa hari," katanya kepada pemberita di Kuala Perlis di sini hari ini.

Zulkepli berkata sedemikian dalam operasi bersepadu terhadap peniaga mempelam harumanis hari ini. - K! ONLINE