Menurut Pengerusi NGO 99 Kebajikan Insan Selangor (Kesan), Muhd. Ali Zakariah, lebih dikesali apabila terdapat sesetengah individu mengibarkan Jalur Gemilang dalam keadaan terbalik. 

"Jalur Gemilang adalah bendera negara kita bukan simbol kedaulatan negara lain. Jadi, mengapa bendera itu harus diterbalikkan? 

"Sepatutnya, kibaran Jalur Gemilang tidak dijadikan bahan politik tetapi sebagai lambang patriotisme rakyat Malaysia. Jangan dihina Jalur Gemilang kita," katanya ketika ditemui selepas penyampaian Jalur Gemilang di Restoran Nabilicious di Seksyen 14 di sini hari ini. 

Lebih 1000 Jalur Gemilang diedarkan oleh Muhd. Ali dan pemilik Nabilicious, Mastura Mohd. Kamil kepada pengunjung restoran dan kenderaan yang melalui hadapan restoran tersebut. 

Program tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelakon terkenal, Jasmin Hamid. 

Sementara itu, wakil Restoran Nabilicious,  Mohd. Khuzairi Mohamad Kamil berkata, program tersebut diadakan atas kesedaran untuk pihaknya meraikan hari kebangsaan dengan pelanggan mereka. 

"Jika kita sebagai rakyat Malaysia tidak mahu meraikan kemerdekaan dengan meriah siapa lagi yang akan berbuat demikian," katanya. - K! ONLINE