Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pengguna media sosial dilihat menekankan kepantasan mesej yang mahu disampaikan menyebabkan mereka menggunakan bahasa 'rojak'.

Justeru, katanya, golongan masyarakat tanpa mengira umur perlu terus menggunakan bahasa Melayu dengan baik sekali gus memartabatkannya tanpa mengira keadaan.

"Selepas 60 tahun negara mencapai kemerdekaan, tidak ada sebab mengapa rakyat negara ini masih tidak mampu menguasai bahasa kebangsaan kita dengan baik sama ada secara lisan mahupun tulisan," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2017 pe­ringkat kebangsaan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.