Zuhainun Salim, 54, ibu kepada Allahyarham Mohamad Ha­ziq Ishak, 17, berkata, dia dan suami, Ishak Abdul, 56, sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan berhubung kejadian itu sehingga menyebabkan dia kehilangan anak kelima daripada enam beradik.

“Saudara-mara mencadangkan agar kami mengambil tindakan undang-undang kerana kejadian itu telah meragut dua nyawa termasuk anak kesa­yangan saya. Bagi saya, kejadian itu bukan satu kemalangan tetapi ke­cuaian manusia kerana jambatan tersebut tidak diperiksa atau selenggara,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.