Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, Lembaga Jurutera Malaysia akan mendapatkan maklumat daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengenai Jurutera Profesional (PE) yang bertanggungjawab  selain maklumat kontraktor serta pegawai yang terlibat dengan  pembinaan jambatan tersebut.

Beliau juga mengesahkan bahawa jambatan yang runtuh itu bukan dibina atau di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) sebaliknya di bawah bidang kuasa Majlis Daerah Kulim Bandar Baharu di Kedah.

"Tindakan undang-undang itu selaras dengan akta Pendaftaran Jurutera 1967 dan Akta Lembaga  Pembangunan  Industri Pembinaan 1994," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, pada Selasa  pukul 10.15 malam, Muhammad Haikal Hakimi Mohd Noor dan Mohamad Haziq Ishak, kedua-duanya berusia 17 tahun, maut apabila tertimbus dalam runtuhan jambatan itu. - Bernama