Jamal berkata, beliau mendapat cadangan untuk bertanding di kawasannya atau kawasan lain tetapi beliau memilih untuk tidak bertanding.

Sebaliknya, beliau akan bersama-sama jentera Barisan Nasional (BN) dalam membantu calon-calon BN, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya hari ini berhubung dakwaan penggunaan akaun palsu media sosialnya. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 9 Mei manakala penamaan calon pada 28 April.

Terdahulu, Jamal yang juga Pengerusi Gabungan NGO 1Malaysia membuat laporan polis berkaitan fitnah isu perkauman yang disebarkan di media sosial menggunakan akaun Facebook palsu nama beliau. - Bernama