Jamal, 48, didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan pintu pagar utama Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) mengikut Seksyen 290 Kanun Ke­seksaan yang memperuntukkan hukuman denda RM400 jika sabit kesalahan.

Ketika pendakwaan dilakukan, Jamal sedang berbaring di atas katil di Wad Premier hospital tersebut. Prosiding selama 30 minit itu diketuai Majistret Raja Noor Dilla Raja Mahyaldin dengan diiringi jurubahasa mahkamah dan pegawai penyiasat.

Bagaimanapun, petugas media tidak dibenarkan masuk.

Jamal didakwa melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak menggunakan penukul besi sehingga mendatangkan bencana, bahaya dan ke­gusaran awam di hadapan pintu pagar keluar pos (1), bangunan SUK, Shah Alam pada pukul 10.15 pagi, 5 Oktober tahun lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.