Katanya, pertuduhan baharu itu adalah susulan daripada laporan polis yang dibuat oleh pihaknya sejurus Jamal diekstradisi ke negara ini dari Indonesia pada 5 Julai lalu.

“Tarikh sebutan semula kes itu adalah pada 31 Julai depan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Se­langor sini semalam.

Jika sabit kesalahan, Jamal boleh dihukum denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-dua sekali.

Berikutan tuduhan baharu itu, Pengerusi Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) itu akan menghadapi lima pertuduhan secara keseluruhan.

Empat pertuduhan sebelum ini adalah dua melibatkan Seksyen 448 Kanun Keseksaan ke­rana melakukan pencerobohan dan masing-masing satu bagi kes Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ke­gusaran awam serta Seksyen 224 akibat melarikan diri daripada tahanan yang sah di sisi undang-undang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.