Pengarahnya, Haris Kasim berkata, tindakan itu jelas bertentangan dengan ajaran agama Islam. 

"Fahaman seperti ini juga dilihat semakin menonjol dan amat berani memperjuangkan hak-hak kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) secara terang-terangan menuntut hak kebebasan mutlak serta memandang enteng hukum syariat," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama rakyat di Masjid Nurul Falah, Tali Air 7, Kampung Sungai Leman, di sini hari ini. 

Haris turut menjelaskan pihaknya turut mendapati terdapat sebilangan pihak yang cuba menghidupkan semula ajaran-ajaran yang telah dikenalpasti dan difatwakan sebagai bertentangan dengan kesucian pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). 

"JAIS giat melakukan program kesedaran mengenai bahayanya ajaran-ajaran sesat  yang boleh mengancam kesejahteraan umat Islam.

"Antara ajaran bertentangan akidah, syariah dan akhlak seperti al-Arqam, Ilmu Tarikat Hasan Joned, ajaran Haji Ghazali Othman dan sebagainya," katanya. - K! ONLINE