Ketua Pegawai Penguatkuasaan JAIM, Datuk Rahimin Bani berkata, daripada jumlah itu, seramai 21 individu dicekup di Melaka Tengah diikuti Alor Gajah (tujuh) dan Jasin (17).

Katanya, saman itu melibatkan pemeriksaan di 300 buah lokasi sepanjang awal Ramadan.

"Sepanjang Op Ramadan ini, JAIM telah memberikan saman hadir kepada 45 individu yang mencemarkan keberkatan Ramadan dengan makan dan minum di tempat terbuka.

"Golongan ini diminta hadir ke pejabat JAIM untuk memberikan keterangan membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 49 Enakmen Kesalahan Syariah negeri Melaka 1991," katanya ketika ditemui pada majlis Khatam Quran Perdana Sekolah Rendah Agama JAIM di Masjid Cina di sini hari ini.

Katanya, pihak JAIM akan terus membuat penguatkuasaan dan meminta umat Islam supaya menghormati Ramadan serta menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara maksiat dan mungkar. - K! ONLINE