Beliau juga melepaskan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu yang disandangnya sejak tahun 2013.

"Datuk Rozi Mamat yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu akan memangku jawatan tersebut sehingga pemilihan jawatankuasa baharu.

"Saya mendengar dari bahagian (UMNO Bahagian Hulu Terengganu) yang meminta saya berundur dan saya menyahut seruan tersebut," katanya ketika merasmikan Mesyuarar Berkelompok dan Sayap UMNO Bahagian Hulu Terengganu  di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Jailani juga mendesak bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman yang juga Pengerusi Perhubungan BN negeri mengambil langkah sama berundur sepertinya.

Beliau mendakwa Ahmad Razif perlu bertanggungjawab atas prestasi teruk BN di Terengganu sehingga parti itu kehilangan mandat untuk menerajui kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

"Rakyat sudah bersuara dan menyatakan kehendak mereka. UMNO dan BN perlu bangkit dengan perubahan perlu dilakukan secara menyeluruh bukan sekadar di peringkat pucuk pimpinan tertinggi sahaja," katanya.

Terdahulu, Jailani yang juga penyandang kerusi Parlimen Hulu Terengganu digugurkan dan diganti dengan Datuk Rosol Wahid pada PRU-14. - K! ONLINE