Kejadian pada pukul 8.45 malam itu berlaku ketika pasa­ngan suami isteri, Jafry Ibrahim, 46, dan Nor Hasliza Jamaludin, 38, bersama tiga anak mereka sedang berbual dengan enam tetamu yang sedang menjamah kuih raya dan ketupat sempena Hari Raya Aidilfitri.

Dalam kejadian tersebut, Jafry yang cedera akibat ditimpa kayu terpaksa menerima 10 jahitan di kepala di Hospital Jitra dekat sini.

Menurut Jafry, kejadian bermula dengan angin kencang disusuli hujan lebat sebelum bunyi kuat seperti letupan di atas bumbung rumah.

“Bekalan elektrik terputus menyebabkan kami panik dan hanya mampu menjerit sambil melaungkan azan kerana takut dan terkejut,” ceritanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.