Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (M) Berhad, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata, beliau akan sedaya upaya berusaha memajukan syarikat tersebut kerana ia merupakan amanah yang telah diberikan kepadanya.

Katanya, ia merupakan satu tugasan yang amat berat untuk dipikul namun adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mentransformasikan Utusan supaya menjadi lebih cemerlang.

“Saya harap semua kakitangan akan bekerjasama antara satu sama lain bagi memastikan syarikat ini terus berdiri kukuh kerana ia merupakan satu institusi yang telah melahirkan ramai tokoh dan ilmuan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.