Bekas Perdana Menteri berkata, prestasi pembayaran balik PTPTN yang tidak begitu baik sejak 10 tahun dahulu antara lain disebabkan oleh hasutan pihak Pakatan Harapan (PH) yang tidak menggalakkan peminjam untuk berbuat demikian.

Menurutnya, secara hakikat, PH yang merosakkan PTPTN dan mereka tidak patut menggunakan isu tersebut sebagai alasan untuk menyalahkan satu kaum sahaja.

“Dalam isu PTPTN, bukan sahaja kaum Melayu yang tidak membayar tetapi ramai juga peminjam dalam kalangan kaum lain yang menerima pinjaman PTPTN kerana termakan hasutan PH.

“Maka, PH perlu bertanggungjawab terhadap tindakan ramai yang tidak membayar pinjaman PTPTN,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya di sini hari ini. - K! ONLINE