"Lesen yang dikeluarkan oleh DOF adalah kepada pengusaha tempatan sepenuhnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Munir berkata, kenyataan itu dikeluarkan bagi membetulkan laporan media semalam bahawa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memansuhkan sepenuhnya pemberian lesen bot laut dalam kepada nelayan asing bagi menjaga kepentingan nelayan tempatan dan membanteras pencerobohan nelayan asing.

Selain itu, katanya bermula September tahun lepas, DOF juga tidak lagi mengeluarkan permit laut dalam untuk bot terpakai yang dibeli dari luar negara.

"DOF akan meneruskan program pemantauan dan pemutihan vesel laut dalam bagi memastikan bot yang diberikan lesen mematuhi undang-undang, syarat dan dasar pelesenan yang ditetapkan, dan diberikan kepada pengusaha perikanan yang benar-benar sah," katanya. - Bernama