Pengarahnya, Izmi Ismail berkata, kejadian itu telah menjadi kes polis dan pihaknya tidak ingin menganggu siasatan.

"Kami akan terus memberikan bantuan dan khidmat kaunseling berterusan kepada murid berusia 10 tahun itu termasuk persekolahannya kelak.

"Kejadian ini amat mengejutkan dan berlaku di luar waktu persekolahan," katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Kosmo! Online melaporkan semalam, seorang pelajar tahun empat disyaki menjadi mangsa rogol oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Bersatu, Arau, awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, mangsa yang berusia 10 tahun telah dirogol oleh empat suspek lelaki yang berusia 15 hingga 20 tahun.

Susulan kejadian itu, polis telah menahan reman kesemua suspek selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan. - K! ONLINE