Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, motto utama jabatan tersebut adalah untuk mempertahankan undang-undang dan pada setiap masa walauapapun senario politik semasa.

“Kami akan terus memastikan dan menegakkan undang-undang tanpa rasa takut atau berpihak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas perkembangan politik negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang dijalankan semalam. - K! ONLINE