Dalam serbuan bermula 12.30 tengahari itu, kesemua PATI yang ditahan berusia 2 hingga 53 tahun.

Pengarahnya, Mohamad Shukri Nawi berkata, serbuan adalah hasil maklumat awam dan risikan pihaknya terhadap kebanjiran PATI di tiga daerah berkenaan.

Katanya, sasaran operasi adalah melibatkan restoran, kedai runcit dan penempatan haram setinggan.

"Seramai 83 warga asing telah diperiksa dengan 68 daripadanya adalah PATI termasuk seorang kanak-kanak perempuan.

"Kesemua PATI itu melibatkan warga Indonesia (51), Bangladesh (9), India dan Pakistan masing-masing tiga orang serta dua warga Myanmar," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, PATI tersebut telah dibawa ke pejabat Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Negeri Selangor dan akan direman selama 14 hari di Depot Imigresen Semenyih untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963. - K! ONLINE