Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, perkara itu antara fokus dalam mesyuarat pegawai JIM dan Aman Palestin yang dipengerusikannya di ibu pejabat JIM di sini bagi membincangkan isu-isu kemanusiaan berhubung Palestin serta langkah-langkah kerjasama yang boleh dilaksanakan kedua-dua pihak.

Katanya, mesyuarat itu merupakan satu platform bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan isu-isu kemanusiaan di Palestin, kesucian Baitulmaqdis dan isu-isu imigresen yang memerlukan pemerhatian dan penelitian lanjut.

"Tabung Kemanusiaan Palestin JIM ini diharapkan sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang ditanggung rakyat Palestin dengan seliaan Aman Palestin.

"Tabung ini akan dilancarkan dalam bulan Ramadan ini dan diharapkan seluruh warga Imigresen serta seluruh masyarakat Malaysia dapat memberikan sumbangan bukan setakat bulan Ramadan ini sahaja tapi sumbangan yang berterusan demi membantu mereka yang memerlukan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. - Bernama