Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad berkata, teguran tersebut bukan hanya melibatkan dua kementerian tersebut tetapi turut melibatkan kementerian lain.
“Kementerian lain pun ada isu-isu punitif tetapi boleh saya katakan setakat ini, dua kementerian itu (yang diberi tumpuan). Bila saya katakan isu-isu punitif, ia bukan bermaksud kesalahan itu telah dibuktikan, tetapi perlu ada siasatan lanjut.
“Kalau melibatkan kecuaian penjawat awam, siasatan akan dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, dan kalau melibatkan pihak ketiga sama ada kontraktor, konsultan dan sebagainya, ia akan disiasat oleh pihak berkuasa lain,” katanya pada sidang akhbar selepas membentangkan laporan itu di Bangunan Parlimen di sini semalam.