Ketua Pegawai Eksekutif Itsu, Datuk Eric Cheah Yew Kong berkata, kedai itu dibuka di Malaysia, Indonesia dan Hong Kong.

Menurutnya, pencapaian itu hasil usaha pekerja yang berde­dikasi dan berpengalaman dalam bidang penjagaan kesihatan. 

“Dalam memastikan bara­ngan kami berkualiti tinggi, Itsu World menggabungkan barangan urutan tradisional daripada negara Jepun dengan keupayaan teknologi terkini. 

“Itsu akan menghasilkan produk terbaharu sebulan sekali dalam masa setahun jadi secara puratanya kami akan mempu­nyai 12 produk terbaharu setiap tahun,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Tandatangan Perkongsian Antarabangsa di sini kelmarin.  

Tambah beliau, visi Itsu, setiap keluarga mempunyai satu kerusi urut di kediaman mereka di mana ia boleh menyumbang ke arah penjagaan kesihatan. 

“Dalam kehidupan serba mo­den yang penuh dengan tekanan atau mungkin juga tidak mempunyai masa untuk bersenam, setiap pelanggan boleh menikmati urutan menggunakan kerusi usut Itsu bagi menghilangkan tekanan serta kepenatan yang dihadapi setelah pulang bekerja.

“Malah kami berharap pengguna di tiga negara ini juga boleh mendapatkan pelbagai produk penjagaan kesihatan lain keluaran­ Itsu selain kerusi,” ujarnya.

Mengulas lanjut, katanya, bagi perancangan masa depan, Itsu World menyasarkan untuk membuka sebanyak 500 cawa­ngan di seluruh rantau Asia dalam masa lima tahun. - K! ONLINE