Demikian ditegaskan Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu, Abu Bakar Yahya yang menyifatkan pendirian terbaharu Perdana Menteri itu jelas memperlihatkan isu Zakir adalah berkaitan soal ilmiah dan akademik, bukannya soal ketegangan kaum sebagaimana yang didakwa. 

"Tidak ada seorang pun boleh meletakkan hukum atau tindakan terhadap Zakir melainkan ianya dibuktikan melalui undang-undang. 

"Maka, keputusan Perdana Menteri itu adalah tepat sama sekali memandangkan Zakir tidak membuat sebarang masalah," katanya di sini hari ini. 

Abu Bakar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mahathir semalam yang menegaskan bahawa beliau tetap dengan pendiriannya bahawa Zakir tidak akan dihantar pulang ke India.

Awal bulan lalu, Mahathir memutuskan kerajaan tidak akan menghantar pulang penceramah bebas itu ke India sekiranya beliau tidak membuat sebarang masalah.

Malah, Zakir menurut Perdana Menteri sudah diberikan taraf penduduk tetap negara ini. - K! ONLINE