Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh, salah faham terhadap tindakan berkenaan antara lain berpunca daripada sikap masyarakat yang terlalu cepat menghukum golongan ini tanpa memahami sedalamnya hukum-hakam yang dibenarkan di dalam agama Islam.

"Kita sepatutnya membantu mereka untuk berubah dan tidak menyisihkan mereka. Dalam kita berdakwah kepada mereka tidak boleh hanya setakat berceramah tetapi memberi jalan untuk mereka keluar. layak terima zakat.

"Hanya mereka yang benar-benar mempunyai keinginan untuk berubah dan melepaskan diri daripada gaya hidup songsang yang diamalkan sahaja yang kita akan berikan zakat, bukan sewenang-wenangnya. Ini yang dimaksudkan mereka layak menerima zakat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Ziarah Tautan Kasih di Kompleks Penempatan Asnaf Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di sini, hari ini.

Fuziah berkata terdapat beberapa negeri seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu telah mengambil kira kategori al-Riqab berkenaan.
"Apabila kita memberikan golongan ini bantuan zakat, ia tidak bermaksud kita mengambil hak orang lain yang layak menerima zakat.

"Ini adalah hanya penambahan golongan yang layak menerima bantuan dan masyarakat tidak seharusnya risau yang kita akan meminggirkan golongan lain yang sememangnya layak.

"Bentuk agihan zakat asnaf Al-Riqab adalah terdiri daripada tiga kategori iaitu membebaskan pekerja Islam yang ditindas oleh majikan, pembiayaan bagi bebas daripada kegiatan maksiat, dan pembiayaan bagi membebaskan umat Islam daripada kejahilan," katanya.

Isu pengagihan zakat kepada golongan LGBT itu mendapat pelbagai reaksi oleh masyarakat selepas Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid memaklumkan 10 golongan yang mengamalkan gaya hidup sonsang layak menerima agihan asnaf Al-Riqab.

Sepuluh  golongan itu termasuk pelacur, lesbian, maknyah, gay, homoseksual, gigolo, biseksual, pengkid, tomboi dan bersekedudukan dengan orang bukan lslam. - Bernama