Menterinya, Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, beliau akan berusaha membawa suara semua pengusaha terlibat kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang akan mempengerusikan mesyuarat itu.

“Saya sudah de­ngar tentang kontrak perkhidmatan pe­ngusaha kem latihan PLKN ini ditamatkan, jadi esok (hari ini) ada mesyuarat Kabinet, saya akan bawa perkara ini kerana jemaah menteri yang lain tidak tahu situasi sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ber­ucap pada Majlis Makan Malam dan Sesi Dialog bersama Persatuan Pe­ngusaha Kem Latihan Khidmat Negara (PPKN) di sebuah hotel di sini malam tadi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.