Nestle Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, pesanan yang ditularkan melalui aplikasi WhatsApp dan media sosial semalam itu pernah ditularkan beberapa tahun lepas.

"Semua itu pesanan palsu dan kesemua produk mi segera Maggi selamat dimakan dan tiada bahan larangan," jelasnya dalam satu kenyataan.

Menurut pencerahan pihak Nestle pada tahun 2018, KKM tidak pernah mengeluarkan nasihat kepada Nestle Malaysia untuk menarik produk mi segera Maggi di pasaran yang dikatakan tidak selamat dan kejadian yang ditularkan berlaku di India bukannya di Malaysia. - K! ONLINE