Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, punca lambakan graduan doktor dan jururawat itu disebabkan peningkatan keluaran graduan perubatan dari institusi pengajian tempatan dan luar negara.
“Sebab kedua lambakan itu adalah kerana kementerian melaksanakan Dasar Mengoptimumkan Sumber Manusia bermaksud tiada tambahan jawatan baharu ditawarkan kecuali secara tukar ganti atau agihan semula,” katanya dalam temu ramah eksklusif dengan Bernama di sini baru-baru ini.