Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr. Amin Senin berkata, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik akan membawa isu berkenaan bagi mendapatkan keputusan sewajarnya mengenai isu tersebut.

Jelasnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memastikan isu tersebut dapat ditangani dengan cermat bagi mendapatkan jalan penyelesaian terbaik melalui saluran yang tepat.

"Berdasarkan keperluan, KPM kekal dengan dasar asal iaitu 90 peratus tempat untuk pelajar
bumiputera dan 10 peratus bagi bukan bumiputera.

"Di samping mengekalkan dasar itu, penambahbaikan telah dibuat pada tahun ini dengan memberikan peluang tempat kepada 60 peratus pelajar dari keluarga berpendapatan rendah (B40)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Amin, KPM telah melihat semula semua cadangan termasuk cadangan penambahan kuota kaum bukan bumiputera yang perlu selaras dengan dasar asal.

Jelasnya, sebanyak 25,000 kapasiti pengambilan pelajar setiap tahun dengan dasar semasa sebanyak 22,500 untuk pelajar bumiputera dan 2,500 untuk bukan bumiputera. - K! ONLINE