Presiden Pakatan Harapan (PH) negeri, Tan Sri Muhyidin Yassin berkata, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dijangkakan akan menyempurnakan majlis berkenaan pada pukul 3 petang.

"Dalam pertemuan saya dengan Tuanku, saya telah mengemukan beberapa nama sebagai calon Menteri Besar baharu dan saya sudah mendapat nasihat daripada baginda.

"Kita akan umumkan siapa bakal Menteri Besar yang baharu sebelum majlis angkat sumpah dilaksanakan," katanya pada sidang akhbar di Le Grandeur Palm Golf & Resort, Senai di sini hari ini.

Muhyiddin turut mengesahkan nama beliau tidak tersenarai sebagai calon menteri besar berikutan hasratnya memberi laluan kepada calon muda untuk menerajui negeri Johor. - K! ONLINE