Hamizah Mohd. Ramli, 27, yakin suaminya akan pulang dengan selamat selepas hampir 83 hari hilang tanpa sebarang jejak yang ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan oleh pihak berkuasa.

“Harapan saya masih sama seperti sebelum ini iaitu Acap ditemui dengan selamat,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Bagaimanapun, Hamizah enggan berkongsi usaha yang dilakukan oleh pihak keluarganya dalam mencari Acap biarpun misi mencari dan menyelamat ditamatkan penghujung Mac lalu selepas tidak ditemui sebarang petunjuk baharu.

“Saya masih belum mampu untuk berkongsi sebarang perkembangan terkini. Saya mengharapkan doa daripada orang ramai agar Acap ditemui dengan selamat,” katanya.

Terdahulu, polis mengesahkan serpihan tulang yang ditemui di Gua Kandu pada April lalu bukan milik Ashraf selepas hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan tidak sepadan dengan ibu mangsa, Siti Maznah Khamis dan abang mangsa, Mohamad Azlan Hassan.

Pemilik tulang tersebut juga tidak dapat dipastikan selepas semakan yang dilakukan di Jabatan Kimia Malaysia.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.