Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A. Sahak Rahmat berkata, mangsa diserang suspek yang juga merupakan suaminya kira-kira pukul 1 petang pada Isnin lalu.

A. Sahak berkata, suspek yang berusia 42 tahun dikatakan bertindak menyerang mangsa selepas dia enggan memindahkan hasil buah kelapa sawit di kebun berkenaan.

"Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Telupid dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. 

"Siasatan awal mendapati suspek berada di bawah pengaruh alkohol ketika menyerang isterinya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut A. Sahak, suspek yang telah mendirikan rumah tangga selama 22 tahun sememangnya berhadapan dengan masalah ketagihan alkohol.

"Polis telah menerima laporan daripada mangsa semalam. Berdasarkan maklumat awal, suspek mempunyai masalah ketagihan alkohol," jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. - K! ONLINE