Dalam kejadian kira- kira pukul 4.50 petang itu, mangsa, Megy Ismawi, 55, yang membonceng motosikal jenis Yamaha meninggal dunia di tempat kejadian manakala suaminya, Abdul Rahim Alias, 51, cedera di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, sebelum kejadian mangsa yang bekerja di bahagian pembersihan di sebuah syarikat tenaga solar dijemput suaminya untuk pulang ke rumah mereka di Taman Rembia Utama.

"Dalam perjalanan pulang, motosikal ditunggang mereka tiba-tiba dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Myvi dari arah belakang menyebabkan si isteri terperosok di bawah kereta terbabit dan suaminya tercampak ke cermin hadapan.

"Akibat kemalangan itu, wanita berkenaan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah manakala suaminya cedera di kepalan dan dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE