Dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu, mangsa, Jalemie Albanganda, 28, disahkan meninggal dunia di depan mata suami dan anaknya di lokasi kejadian akibat cedera parah pada kepalanya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, sebelum kejadian mangsa bersama suami, Marcus Taba, 38, dan anak mereka, Sebastian Emmanuel Marcus, 3, dikatakan sedang menuju ke bandar Bintulu dari arah Tubau dengan menaiki sebuah kereta Proton Saga BLM.

Katanya, sebaik tiba di lokasi nahas, sebuah kenderaan pacuan empat roda Nissan Navara tiba-tiba hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta dipandu oleh Marcus.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.