Akbal Hanam, 61, meninggal dunia di Hospital Serdang pada kira-kira 12.50 pagi.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik menerusi laman Facebook merakamkan dukacitanya dan ucapan takziah di atas pemergian Allahyarhamah.

"Takziah saya ucapkan kepada keluarga arwah. Semoga arwah termasuk dari kalangan orang-orang yang beriman," katanya.

Allahyarhamah dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar  Enstek, Negeri Sembilan kira-kira 10 pagi hari ini. - Bernama