Pengesahan itu dibuat Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais dalam satu kenyataan di sini hari ini.

"Dengan itu dimaklumkan bahawa Sultan Selangor telah berkenan menerima pemulangan kembali Darjah dan Bintang Kebesaran Selangor oleh Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah tanpa halangan.

"Tindakan mewartakan pembatalan kurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Selangor tersebut dilakukan mengikut prosedur dan proses yang telah ditetapkan," katanya. - K! ONLINE