Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyerahkan watikah pelantikan Ismail pada pertemuan ringkas di pejabatnya di Perdana Putra di sini semalam.

Ismail menggantikan Ali yang tamat kontrak pada hari ini selepas memegang jawatan itu selama enam tahun sejak 2012.

Sebelum ini beliau memegang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum dilantik sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan pada 12 Jun lalu.

Sementara itu, Ali dalam satu kenyataan menyampaikan ucapan tahniah kepada Ismail atas pelantikkanya sebagai KSN ke-14 dan berharap beliau dapat menjalankan tugas sebaik mungkin demi meneruskan rekod cemerlang Pejabat Ketua Setiausaha Negara.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan seluruh anggota Jemaah Menteri yang telah bersama-sama berganding bahu dalam meletakkan instutusi pentadbiran negara ke tahap yang lebih tinggi.

“Saya juga ingin memanjangkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin dan seluruh anggotanya atas nasihat serta pandangan yang diberikan dalam memastikan tadbir urus kerajaan di landasan terbaik," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.