Mereka termasuk individu yang bertanggungjawab melakukan pengeboman kereta, pembunuhan anggota pasukan keselamatan dan penculikan, katanya dalam satu kenyataan tanpa menyatakan tarikh, lokasi atau butiran lain hukuman tersebut.

Hukuman itu merupakan yang pertama dilaksanakan di Iraq tahun ini di mana menurut kumpulan hak asasi Amnesty International, sekurang-kurangnya 111 orang terbunuh pada tahun 2017 akibat serangan keganasan.

Pada 15 Disember tahun lalu, 38 orang dijatuhkan hukuman di bawah undang-undang keganasan Iraq dengan digantung di penjara Nasiriyah.

Pada bulan September pula, 42 orang turut digantung di penjara yang sama.

Iraq berhadapan kritikan daripada diplomat dan kumpulan hak asasi berhubung kematian akibat hukuman gantung hampir setiap hari di bawah undang-undang keganasan.

Kira-kira 20,000 orang telah ditahan sepanjang tempoh setahun oleh tentera Iraq yang bertempur untuk menawan semula negara itu daripada kumpulan militan Daesh. - AFP