Menurut data dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), IPU di Sri Aman naik kepada bacaan 245 daripada 241 yang dicatat pada pukul 10 pagi.

Bacaan IPU di ILP Miri pula meningkat kepada 221 setakat 4 petang ini daripada IPU 220 pada pagi.

Sementara itu, bacaan IPU di SK Baram 2 juga menunjukkan peningkatan daripada IPU 118 pada pagi kepada 119 pada petang ini yang dikategorikan sebagai 'Tidak Sihat'.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100, sederhana; 101-200, tidak sihat; 201-300, sangat tidak sihat dan melebihi 300, berbahaya.

Orang awam boleh merujuk laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) di alamat http://apims.doe.gov.my/v2/ atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar, MyIPU di 'Google Play' bagi mendapatkan bacaan IPU terkini pada setiap jam. - Bernama