Ketua Polis Daerah Song, Deputi Superintendan Azhar Abu Bakar berkata, ia menjadi hari bersejarah kerana dua jentera baharu ini diterima bersempena dengan sambutan Hari Polis ke-211 pada tahun ini.

Menurutnya, dengan adanya dua motosikal baharu itu, ia sekali gus memudahkan rondaan cegah jenayah di situ dijalankan dari semasa ke semasa.

"Menerusi dua buah motosikal Kawasaki Z250 ini, komuniti setempat di sekitar daerah ini akan mendapat manfaat positif kerana URB IPD Song akan lebih efektif dalam menjaga keselamatan kawasan sekitar.

"Tindakan pantas hasil daripada maklum balas yang cepat akan menambahkan lagi kerjasama antara polis dan masyarakat di sekitar daerah ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - K! ONLINE