Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, ia bagi memberi kekuatan  kepada penagih supaya dapat keluar daripada belenggu masalah berkenaan.

"Saya berharap keluarga turut dilibatkan dalam semua program pemulihan bagi penagih dadah terutamanya program melibatkan kaunseling.

"Ini bagi memberi kesedaran kepada keluarga untuk membendung dan membantu penagih membaik pulih diri mereka supaya tidak lagi terjebak dengan penyalahgunaan dadah," titah baginda pada Majlis Makan Malam Amal Menjunjung Kasih anjuran Drugs Intervention Community (DIC) di sini malam tadi.

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi DIC, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail. - Bernama