Najib berkata, golongan itu perlu inovatif bagi menangkis dakyah songsang yang mengelirukan pemikiran umat Islam.

“Saya minta ulama kita membina akidah ini bertunjangkan al-Quran serta sunah selain menggesa pemimpin kita melakar pelan tindakan bagi mengembangkan ajaran akidah ini kepada ummah sejagat.

“Imam, guru sekolah agama, pakar media, usahawan, ahli politik, diplomat dan pakar antikeganasan, semua mempunyai peranan dalam menunaikan tanggungjawab melaksanakan akidah kesederhanaan ini, baik dalam perundangan mahupun amalan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penutup Dialog Keselamatan Antarabangsa Putrajaya (PISD) 2018 di sini semalam.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.