Lee Beng Oui, 37, yang bertugas di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman bagaimanapun me­ngaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohammad Haldar Abdul Aziz.

Berdasarkan pertuduhan, Beng Oui didakwa memperoleh suapan berupa wang tunai RM3,000 yang diberikan oleh Asmadi Ali iaitu bapa kepada seorang suspek yang ditangkap di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memiliki dadah dan di bawah Seksyen 15(1)(a) akta yang sama kerana urin mengandungi dadah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.