Suspek berusia 31 tahun itu yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang ditahan kira-kira pukul 8.45 malam semalam.

Pegawai itu dipercayai telah meminta dan menerima wang sebanyak RM7,000 daripada seorang individu yang sedang disiasat polis atas kesalahan mengugut.

Menurut sumber, siasatan sedang dijalankan ke atas individu terbabit selepas pihak polis menerima satu laporan menyatakan dia telah mengugut teman wanitanya.

"Walaubagaimanapun, pegawai polis itu telah mengambil kesempatan atas kejadian tersebut dan meminta wang rasuah supaya tindakan tidak diambil ke atas individu terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memberitahu suspek akan direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17 (a) ASPRM 2009. - K! ONLINE