Beliau berkata, sumbangan sebanyak RM300 setiap orang itu membabitkan seramai 2,342 pemandu teksi dan 653 pengusaha bas sekolah yang mempunyai permit sah di negeri ini.

"Insentif itu menunjukkan kerajaan negeri mengiktiraf sumbangan serta khidmat bakti anda kepada perkhidmatan pengangkutan awam di Pulau Pinang.

"Selagi Pakatan Harapan memerintah (Pulau Pinang), kami akan meneruskan pemberian ini dan saya juga tidak menolak kemungkinan untuk menambah jumlah sumbangan berkenaan pada masa hadapan," katanya semasa berucap pada Majlis Pemberian Insentif Kepada Pemandu Teksi dan dan Pengusaha Bas Sekolah di Pulau Pinang di sini hari ini.

Katanya, sumbangan itu juga adalah sebagai usaha kerajaan negeri membantu mengurangkan beban yang dihadapi pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah. - Bernama