Beliau berkata, pentingnya inisiatif Makkah Road adalah untuk memudahkan prosedur haji untuk jemaah yang memasuki negara itu dari semua negara di dunia selepas menyelesaikan semua prosedur di negara mereka dan tahun ini inisiatif berkenaan diperkenalkan secara efektif untuk jemaah haji dari Malaysia dan Indonesia. 

"Projek ini telah mencapai kejayaan besar di kedua-dua negara tersebut hasil usaha sektor dan agensi berkaitan di kedua-dua negara," kata beliau kepada delegasi 11 editor media yang dijemput oleh kementerian untuk membuat liputan mengenai persiapan haji di Tanah Suci.

Beliau berkata, Makkah Road ialah satu daripada inisistif yang dilaksanakan dalam konteks Program Transformasi Negara 2020 untuk mencapai Wawasan Kerajaan Arab Saudi 2030 bagi meningkatkan perkhidmatan dan memudahkan prosedur untuk jemaaah.

"Kami menjangka untuk meningkatkan jumlah negara yang terlibat dalam inisiatif Makkah Road tahun depan," kata beliau. - Bernama