Menterinya, Maszlee Malik berkata, isu gaji permulaan siswazah yang dilaporkan menurun baru-baru ini perlu diteliti oleh industri yang menyediakan peluang pekerjaan.

"Itu kena tanya industri kerana mereka yang menyediakan peluang pekerjaan kerana kami di KPM tidak menjaga soal gaji.

"Tetapi yang kami boleh lakukan ialah untuk menyediakan siswa yang berkemahiran tinggi, lebih terlatih, berilmu dan kompetetif untuk pasaran pekerjaan dan pasaran antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 (PBAKL 2019) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Khamis lepas, Maszlee dalam satu kenyataan berkata KPM akan bekerjasama dengan pelbagai pihak dan agensi untuk melihat isu dengan lebih mendalam untuk diselesaikan segera. - Bernama