Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang sekitar pukul 12 tengah hari ini selepas mengetahui kegiatan penipuan berkenaan pada pukul 12 tengah malam tadi.

Mohd. Syahbuddin berkata, dia mengesan  dalam penipuan itu telah menggunakan gambarnya dan nombor telefon lain daripada yang biasa digunakan bertujuan mendapat bantuan kewangan dengan cara mudah.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kebangsaan berkata, perkara itu juga disedari rakannya tinggal di luar negeri ini apabila turut tertipu dengan individu tersebut.

“Siasatan mendapati individu tersebut menggunakan nombor akaun bank seorang wanita bergelar ustazah.

“Saya terkejut apabila gambar dijadikan taktik untuk menipu supaya memindahkan wang dengan kadar segera ke akaun bank berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mohd. Syahbuddin berharap pihak polis segera menyiasat dan mengambil tindakan terhadap individu menyamar menggunakan gambarnya bagi mendapatkan bantuan kewangan.

Katanya, kejadian itu telah mencalar imejnya  sebagai wakil rakyat dan Presiden MAYC Kebangsaan yang banyak terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan.

“Saya juga telah melaporkan kepada  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya mengambil tindakan terhadap pemilik nombor telefon itu.

“Kita berharap agar orang ramai tidak mudah terpengaruh dan jangan mudah percaya dengan penipuan untuk mendapatkan wang hanya menggunakan aplikasi WhatsApp,” katanya. K! ONLINE