Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, jumlah itu menurun sebanyak 425 kes berbanding 6,807 pada 2016.

"Indeks jenayah kekerasan menurun tujuh peratus manakala jenayah harta benda turun sebanyak enam peratus.

"Kes jenayah harta benda tertinggi yang direkodkan tahun lalu adalah kes kecurian motosikal," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Sarawak di Mes Pegawai Kanan Polis di sini hari ini.

Sementara itu, Asisten Komisioner Denis Leong Soon Kuai dilantik sebagai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan Perundangan) menggantikan Asisten Komisioner Lee Moh Le yang bersara wajib esok. 

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Dev selaku Ketua JSJ Sarawak. - K! ONLINE