Ketua Polis Perlis, Datuk Azisman Alias berkata, penurunan itu melibatkan tempoh bermula awal tahun ini hingga Julai lalu berbanding tempoh yang sama pada 2017.

"Penurunan peratusan ini merupakan yang kedua terbaik di negara ini terutama melibatkan dua kes jenayah utama iaitu kecurian motosikal dan pecah rumah.

"Namun, walaupun Perlis merupakan negeri yang kecil, saya sering mengingatkan Timbalan Ketua Polis Perlis dan Ketua Polis Daerah supaya melakukan operasi pencegahan jenayah dengan berkesan.

"Sekiranya, kedua-dua kegiatan jenayah ini dapat dikekang dengan baik, indeks jenayah di negeri ini akan terus menurun sehingga akhir tahun," katanya di Kompleks START Mata Ayer di sini hari ini.
  
Beliau berkata sedemikian kepada pemberita pada Pertandingan Menembak PDRM bersama Raja Perlis sempena Peringatan Hari Polis ke-211.

Turut berkenan berangkat hadir, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Perlis hanya mempunyai tiga daerah iaitu Kangar, Arau dan Padang Besar dengan kapasiti penduduk kira-kira 280,000 orang. - K! ONLINE