Ketua Bahagian Penguatkuasa JIM Kelantan, Ruzaana Mohamed berkata, sepanjang tempoh itu juga seramai 2,940 warga asing diperiksa melalui 311 operasi di bawah Ops Mega 3.0.

Antara kesalahan utama PATI terbabit termasuklah tinggal lebih masa, menyalahgunakan permit kerja untuk bekerja di tempat lain dan memiliki kad pelarian palsu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ruzaana berkata, kebanyakan PATI yang ditahan warga negara Bangladesh selain Myanmar, Pakistan, Kemboja, China, Vietnam, India dan Nepal.

Dalam operasi terbaru malam tadi dan pagi ini, beliau berkata, seramai 29 warga asing ditahan termasuk seorang bayi berusia tujuh bulan bersama ibunya yang merupakan warga Kemboja.

Katanya, 30 pegawai penguat kuasa terlibat dalam serbuan sekitar Kampung Badang, sekitar Pasar Siti Khadijah dan Stesen Bas Kota Bharu di sini bermula pada pukul 12 tengah malam hingga 10 pagi hari ini.

Kesemua PATI yang ditahan dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen di Tanah Merah untuk tindakan lanjut. - Bernama